Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 30 July 2026
Selamat datang ke RodQuest ("kami", "permainan ini"), sebuah permainan menangkap ikan yang boleh dimainkan
melalui laman web rods.quest dan sebagai Discord Activity di dalam
aplikasi Discord. Dengan mendaftar akaun atau menggunakan RodQuest dalam apa jua cara, anda bersetuju
dengan terma-terma di bawah.
1. Kelayakan
RodQuest disasarkan untuk pengguna yang memenuhi umur minimum yang ditetapkan oleh Discord dan/atau
undang-undang tempatan anda (secara umumnya 13 tahun ke atas, tertakluk kepada Terma Perkhidmatan Discord).
Jika anda di bawah umur tersebut, sila dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga sebelum menggunakan permainan ini.
2. Akaun Pengguna
- Anda boleh mendaftar akaun terus (emel & kata laluan) atau melalui log masuk Discord/Google.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan akaun dan aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda.
- Satu individu dibenarkan memiliki satu akaun sahaja. Kami berhak menyekat atau menggantung
akaun yang melanggar terma ini, termasuk penggunaan pelbagai akaun (multi-account) untuk
mengeksploitasi sistem ganjaran/referral.
3. Mata Wang Dalam Permainan (RC - RodQuest Coin)
- RC ialah mata wang maya yang digunakan di dalam permainan sahaja dan tiada nilai tunai
sebenar di luar RodQuest. RC tidak boleh ditukar semula kepada wang tunai.
- Top-up RC dibuat secara manual melalui kaedah pembayaran yang disediakan (contohnya QR DuitNow/TnG
atau pindahan bank) dan disahkan secara manual oleh pentadbir. Sila pastikan bukti pembayaran yang
dihantar adalah tepat dan sah.
- Pembelian RC adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan (non-refundable), kecuali
atas budi bicara pentadbir dalam kes kesilapan teknikal yang disahkan.
4. Kelakuan Pengguna
Anda bersetuju untuk TIDAK:
- Menggunakan sebarang bentuk cheat, bot, skrip automatik, atau eksploitasi bug untuk mendapat kelebihan
tidak adil dalam permainan;
- Menggodam, mengganggu, atau cuba mengakses sistem, pangkalan data, atau akaun pengguna lain tanpa kebenaran;
- Menghantar kandungan yang menyalahi undang-undang, lucah, memfitnah, atau mengandungi ujaran kebencian
melalui nama pengguna, avatar, atau ciri sosial dalam permainan;
- Menyalahgunakan sistem referral/jemput kawan (contohnya dengan akaun palsu) untuk mendapat ganjaran
secara tidak sah.
Pelanggaran terma ini boleh menyebabkan amaran, penggantungan, atau penamatan akaun tanpa notis awal,
termasuk kehilangan RC dan progress permainan yang berkaitan.
5. Perubahan Permainan
Kami berhak untuk menambah, mengubah, mengeluarkan ciri permainan (termasuk item, harga, sistem ganjaran)
pada bila-bila masa bagi tujuan penambahbaikan, pengimbangan (balancing), atau keperluan teknikal, tanpa
liabiliti kepada pengguna.
6. Penafian Waranti
RodQuest disediakan "sebagaimana adanya" (as-is) tanpa sebarang jaminan tersirat atau nyata mengenai
ketersediaan berterusan, bebas ralat, atau bebas gangguan. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan
data permainan akibat isu teknikal di luar kawalan munasabah kami.
7. Penamatan
Anda boleh berhenti menggunakan RodQuest pada bila-bila masa. Kami berhak menggantung atau memadam akaun
yang melanggar terma ini, atau atas sebab keselamatan platform.
8. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai Terma Perkhidmatan ini boleh dihantar ke:
📧 support@rods.quest
← Kembali ke RodQuest